::_Rombakan Kabinet..Mana Pergi Pemuda Umno_::

>> Tuesday, 1 June 2010

Hari ini, kerajaan Najib telah melakukan satu rombakan kabinet pertamanya sejak beliau mengambil alih kerajaan daripada Tun Abdullah Badawi.
Desas-desus kononnya ketua Pemuda Umno yang juga menantu kepada Pak Lah, Khairi Jamaluddin disebut-sebut akan diangkat Najib sebagai menteri dalam rombakan terbaru selepas kempunan sebelum ini untuk menyertai kabinet Najib walaupun beliau merupakan ketua sayap penting Umno iaitu pemuda.
Namun, pengumuman rombakan yang dibuat Najib hari ini telah menyebabkan niat ketua pemuda Umno itu untuk menyertai kabinet tidak kesampaian lagi.
Najib lebih tumpu kepada sokongan pengundi Cina
Rombakan kali ini memperlihatkan Najib telah menambah koata ahli kabinet dari kaum Cina. Perkembangan itu memberi satu signal kesungguhan Najib untuk menarik kembali sokongan kaum Cina yang semakin menjauhi BN dalam beberapa pilihanraya kecil baru-baru ini.
Selain mengekalkan menteri dan timbalan menteri dari kaum Cina yang sedia ada, Najib telah pun membuat pertukaran portfolio antaranya Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala Datuk Seri Kong Cho Ha menggantikan tempat Datuk Seri Ong Tee Keat yang digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan.
Selain itu, Najib juga menambah muka baru dari kalangan MCA sebagai timbalan menteri antaranya, anak Presiden MCA, Chua Tee Yong yang juga ahli parlimen Labis sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Selain itu, dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Umno dikorbankan semata-mata kerana tagih pengundi Cina
Tiga orang timbalan menteri dari Umno telah pun ‘dikorbankan’ bagi memberi laluan kepada MCA sebagai usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina.
Umno dilihat telah dijadikan mangsa oleh Najib dalam membuat percaturan politiknya demi mengekalkan kuasa.
Umno yang menjadi wakil suara Melayu dalam BN telah pun dikecilkan dalam kabinet Najib kerana bagi Najib, pengundi Cina lebih penting daripada kaum lain termasuk Melayu.
Berdasarkan pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu, peratus pengundi Cina telah menolak BN dan memberi sokongan kepada PR. Ia menyebabkan Najib menyusun langkah awal bagi menarik kembali sokongan yang hilang itu dengan mengurangkan koata dari Umno.
Tiga bekas timbalan menteri terbabit ialah Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.
Pengguguran Datuk Razali telah memberi satu persepsi, kepimpinan pemuda Umno ditolak dan dipinggirkan Najib dari barisan kabinetnya.
BN sebelum ini memang terkenal dengan tindak-tanduk yang merugikan Melayu dan menghakis kuasa orang Melayu, telah pun juga menghakis suara Melayu dalam kabinet kerajaan BN dengan menggugurkan dua wakil dari Umno.
Apakah selepas ini, PERKASA atau pun pejuang-pejuang taksub Umno-Melayu akan bertindak atau hanya membisu seribu bahasa dengan sedikit janji politik yang bakal ‘disuapkan’ Najib. Umno adalah Melayu yang mudah lupa.
WarkahDaily merasakan, puak-puak Umno akan berdiam diri kerana mereka adalah kumpulan pengecut yang tidak berani berhadapan dengan ‘bosnya’ sendiri walaupun ‘memukul’ badan sendiri.
Isu kelulusan lessen judi bola sepak telah pun menjadi bukti. Bukan sahaja tidak membantah kelulusan lessen judi, bahkan mempertahankan tindakan kerajaan meluluskan lessen judi terbabit walaupun ianya memberi kesan buruk kepada anak bangsa sendiri.
Najib ‘membayar upah’ Palanivel
Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel turut disertakan Najib dalam kabinet barunya apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti.
Mungkin ianya sebagai pengganti Palanivel tidak dicalonkan di pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini. Walaupun pada awalnya, presiden MIC telah pun menetapkan Palanivel sebagai calon BN di Hulu Selangor.
Namun ianya dilihat sebagai pertukaran sebagai calon Hulu Selangor dengan jawatan timbalan menteri sebagai menutup mulut Palanivel.
Antara yang dilantik dalam rombakan kabinet Najib
Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan. Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara), Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Datuk Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis), Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara), Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara), Timbalan Menteri Kewangan. Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Pengangkutan.

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP